Halaman

Jumaat, 10 April 2009

JUMPA KAWAN LAMA

Salam buat anda semua. Lama saya tidak update blog. Agak sibuk dengan tugas harian dan tugas khas. Tugas khas?? Sekarang saya menguruskan 2 projek yang agak besar. Pertama, saya menjadi Pengarah Operasi untuk Master Ruzaidi Hj Abdul Rahman (www.ruzaidiabdulrahman.blogspot.com) ...menguruskan hal ehwal Akademi Betakos dimana kelas dan seminar yang sedang berjalan. Begitu juga kami dalam peringkat akhir perbincangan dengan sebuah badan anti dadah untuk projek melatih penguatkuasa badan tersebut. Kedua saya dilantik sebagai "consultant" bagi mengurus Pusat Rawatan Imantherapy (www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com). Alhamdulillah..April merupakan bulan kedua kami membantu memberikan khidmat kepada masyarakat.

Terkejut juga saya apabila "terjumpa" kawan lama di ruangan sembang dalam blog ni.. Saudara Sudir...kawan lama dari Persatuan Seni Silat Diponegoro, Sijangkang. Bekas juara solo daerah Kuala Langat ni saya jumpa kali terakhir pada tahun 1999 tak silap saya..dengarnya dah jadi pesawah sepenuh masa di Sekinchan...kayo tu...

Bercerita tentang Persatuan Seni Silat Diponegoro ni...saya boleh kategorikan sebagai sebuah silat yang dikenali dan aktif. Antara silat awal yang menjadi gabungan PESAKA Daerah Kuala Langat (sebelum tu di kenali sebagai Pertubuhan Silat Gabungan Kuala Langat). Setelah saya dilantik menjadi Setiausaha Kehormat, kami sentiasa berganding bahu menganjurkan pelbagai program..dan Diponegoro biasanya menguasai acara Silat Seni. Mana taknya...ada diantara pesilat Diponegoro ni pernah menjadi Juara Silat Seni Selangor dan pernah bertanding di Festival Silat Nusantara Ke-2. Pengalaman yang cukup menarik walaupun peserta tersebut yang saya kenali sebagai Kak Eda (Zuraidah kot) sekarang dah ada anak dara pun..

Kepada kang Sudir...jika anda terbaca tulisan ini...harap dapat dikongsikan bersama pengalaman anda disini. Untuk tatapan dan panduan pesilat-pesilat muda.

Al-Fatihah buat Allahyarham Kakanda Hamdan Bin Hj Tukimin....
(air mata saya tetap mengalir bila setiap kali menyebut nama bang Mendan..)