Halaman

Selasa, 30 Jun 2009

SEKITAR KEJOHANAN PENCAK SILAT SUKSES & SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA LANGAT

Seperti yang dimaklumkan pada catatan minggu lepas, PESAKA Daerah Kuala Langat telah mengadakan satu pertandingan bagi memilih pesilat untuk SUKSES dan sekolah-sekolah daerah Kuala Langat. Pertandingan diadakan selama 3 hari di SMK Telok Panglima Garang melibatkan 5 buah sekolah dan 4 perguruan ( 8 pasukan) dan mempertandingkan kategori Seni dan Silat Olahraga. Majlis Perasmian dan Penutupan dilakukan oleh YBhg Dato' Hj Sulaiman Bin Hj Karli.


Antara Wasit Juri terlibat adalah :

1. Tuan Haji Lamsah Arbai (PESAKA Negeri Selangor)
2. Cikgu Mohd Faizal Awaludin (Kuala Langat)
3. Cikgu Zulkifli Abd Rahim (Petaling)
4. Cikgu Abdul Raof Manaf (Petaling)
5. Cikgu Elmi Azhan Shah (Klang)
6. Cikgu Abd Rahman Ibrahim (Klang)
7. Cikgu Yajis Dimin (Kuala Langat)
8. Cikgu Mohd Fairul Nizam Awaludin (Kuala Langat)
9. Cikgu Mohd Fadhil Hasan (Kuala Langat)
10.Cikgu Ahmd Rizal Yahya (Kuala Langat)

Pegawai Perubatan
Saudara Shahrul (ATM Kinrara)














Hj Lamsah bertindak sebagai Ketua Pertandingan
diperingkat awal.




Cikgu Faizal mengambil alih tugas sebagai Ketua Pertandingan.

Wak Yajis tetap bertugas walaupun masih belum sihat sepenuhnya.

Para peserta yang mengambil bahagian.

Kecederaan yang dialami.

Bersedia!! Pasang!! Mulai.....

Pola langkah kena jaga....

Serangan kena tepat, mantap baru dikira....

Penyampaian hadiah oleh YBhg Dato' Hj Sulaiman Karli

Pemenang bergambar dengan VIP dan wasit juri.












Barisan wasit juri.
















Dari kiri Cikgu Ahmad Rizal, Cikgu Fadhil, Cikgu Faizal,
Cikgu Fairul, Cikgu Rahman dan Cikgu Elmi.

Khamis, 25 Jun 2009

PERTANDINGAN SILAT (SUKSES) DAERAH KUALA LANGAT 2009

PESAKA Daerah Kuala Langat akan mengadakan pertandingan bagi memilih pesilat yang akan mewakili daerah Kuala Langat di Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) 2009.
Tarikh
26 - 28 Jun 2009
(Jumaat - Ahad)
Masa
Pagi - Malam
Tempat
Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang,
Kuala Langat
Kepada semua peminat silat terutama dari sekitar daerah Kuala Langat,
ANDA DIJEMPUT HADIR

Khamis, 11 Jun 2009

SUKSES 2009

Salam buat semua... memang lama saya tak menulis..sibuk dengan urusan Betakos dan Imantherapy.. Kali ni saya ingin memaklumkan berkenaan Kejohanan Sukan Selangor atau SUKSES yang dijangka akan diadakan pada Julai tahun ini. Walaupun SUKSES tahun lepas tidaklah semeriah edisi terdahulu namun SUKSES menjadi platform untuk atlit mewakili Selangor ke SUKMA 2010 di Melaka.

Minggu lepas saya dihubungi oleh Saudara Nazri Jaafar, Setiausaha PESAKA Kuala Langat memaklumkan bahawa Pemilihan Silat SUKSES Kuala akan diadakan pada 26 - 28 Jun 2009. Tempat masih belum dipastikan lagi.

Kepada sahabat-sahabat perguruan di Kuala Langat, boleh menghubungi Saudara Nazri di talian 013 329 4469 untuk mengambil borang penyertaan. Diharapkan juga kita dapat berkumpul semula untuk menaikkan semula reputasi PESAKA Kuala Langat seterusnya PESAKA Negeri Selangor yang sejak kebelakangan ini begitu senyap. Apa masalahnya?? Apa agaknya cerita terkini sahabat-sahabat dari PESAKA Daerah-daerah yang lain?Senyap gak nampaknya.....

Jumaat, 10 April 2009

JUMPA KAWAN LAMA

Salam buat anda semua. Lama saya tidak update blog. Agak sibuk dengan tugas harian dan tugas khas. Tugas khas?? Sekarang saya menguruskan 2 projek yang agak besar. Pertama, saya menjadi Pengarah Operasi untuk Master Ruzaidi Hj Abdul Rahman (www.ruzaidiabdulrahman.blogspot.com) ...menguruskan hal ehwal Akademi Betakos dimana kelas dan seminar yang sedang berjalan. Begitu juga kami dalam peringkat akhir perbincangan dengan sebuah badan anti dadah untuk projek melatih penguatkuasa badan tersebut. Kedua saya dilantik sebagai "consultant" bagi mengurus Pusat Rawatan Imantherapy (www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com). Alhamdulillah..April merupakan bulan kedua kami membantu memberikan khidmat kepada masyarakat.

Terkejut juga saya apabila "terjumpa" kawan lama di ruangan sembang dalam blog ni.. Saudara Sudir...kawan lama dari Persatuan Seni Silat Diponegoro, Sijangkang. Bekas juara solo daerah Kuala Langat ni saya jumpa kali terakhir pada tahun 1999 tak silap saya..dengarnya dah jadi pesawah sepenuh masa di Sekinchan...kayo tu...

Bercerita tentang Persatuan Seni Silat Diponegoro ni...saya boleh kategorikan sebagai sebuah silat yang dikenali dan aktif. Antara silat awal yang menjadi gabungan PESAKA Daerah Kuala Langat (sebelum tu di kenali sebagai Pertubuhan Silat Gabungan Kuala Langat). Setelah saya dilantik menjadi Setiausaha Kehormat, kami sentiasa berganding bahu menganjurkan pelbagai program..dan Diponegoro biasanya menguasai acara Silat Seni. Mana taknya...ada diantara pesilat Diponegoro ni pernah menjadi Juara Silat Seni Selangor dan pernah bertanding di Festival Silat Nusantara Ke-2. Pengalaman yang cukup menarik walaupun peserta tersebut yang saya kenali sebagai Kak Eda (Zuraidah kot) sekarang dah ada anak dara pun..

Kepada kang Sudir...jika anda terbaca tulisan ini...harap dapat dikongsikan bersama pengalaman anda disini. Untuk tatapan dan panduan pesilat-pesilat muda.

Al-Fatihah buat Allahyarham Kakanda Hamdan Bin Hj Tukimin....
(air mata saya tetap mengalir bila setiap kali menyebut nama bang Mendan..)

Rabu, 14 Januari 2009

PENAFIAN WUJUDNYA CAWANGAN PSSBCS

Disini ingin kami nyatakan bahawa Pertubuhan Seni Silat Betung Cemati Siguntang tidak pernah mewujudkan cawangan atau cabang gelanggang yang menggunakan nama lain. Gelanggang cawangan mestilah menggunakan nama rasmi perguruan iaitu PERTUBUHAN SENI SILAT BETUNG CEMATI SIGUNTANG dengan mendapat sijil pengesahan gelanggang dan tauliah dari Guru Pewaris.
Oleh yang demikian,pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat permasalahan yang berlaku di dalam perkara ini.
Sekian. Terima kasih.
MOHAMMAD FAIZAL BIN AWALUDIN
GURU PEWARIS
PERTUBUHAN SENI SILAT BETUNG CEMATI SIGUNTANG (PSSBCS)

Jumaat, 2 Januari 2009

SAHABAT SILAT DARI SELANGOR - 1

PERTUBUHAN SENI SILAT TONGGAK SILIWANGI BIRU SELANGOR

GURU UTAMA
Tuan Guru Rahana Bin Hj Shaari
ALAMAT PERTUBUHAN
Alamat rasmi pertubuhan ialah di No 37, Jalan PJS 2C/10, Taman Dato' Harun, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
SEJARAH PERTUBUHAN
Asal usul pertubuhan seni silat ini adalah dari Jawa Tengah (Indonesia) di awal tahun 70an lagi. Ianya telah dibawa ke Johor oleh seorang pelayar Indonesia yang dikenali sebagai Pak Belukang. Ketika sedang belayar, sampan yang dinaiki Pak Belukang telah dipukul ombak besar dan karam. Pak Belukang ditemui terdampar diperairan Johor oleh seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Cikgu Atan. Cikgu Atan berasa dari Melaka dan kini menetap di Majidi (Kg Sg Jernih, Lubuk Cina). Atas jasa yang ditunjukkan oleh Cikgu Atan maka Pak Belukang telah menurunkan ilmu agama dan ilmu persilatan beliau yang dikenali sebagai Seni Silat Tonggak Siliwangi Biru kepada Cikgu Atan. Setelah segala ilmu tersebut diperturunkan kepada Cikgu Atan, Pak Belukang mengambil keputusan pulang ke tempat asalnya.
Atas minat yang begitu mendalam terhadap persilatan ini, Cikgu Atan mengorak langkah pertama mengembangkan seni ini dengan menurunkan persilatan ini kepada seluruh ahli keluarga beliau termasuklah kepada sepupu rapat beliau yang dikenali sebagai Cikgu Zainudin, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.Seterusnya di Kuala Lumpur sekitar tahun 1978 Cikgu Zainudin menurunkan pula ilmu persilatan ini kepada sahabat karib beliau, Cikgu Rahana Bin Hj Shaari yang juga merupakan generasi ke 4 pertubuhan ini. Mereka berdua berganding bahu mengembangkan persilatan ini sehingga dikenali di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor. Dan Cikgu Rahana menumpukan usaha mengembangkan persilatan ini dengan membuka gelanggang kepada penduduk sekitar Petaling Jaya dan Sunway dan rumahnya sendiri dijadikan pusat latihan utama.
Atas permintaan anak-anak murid beliau sendiri, maka pada 26 Mei 1996, Cikgu Rahana telah mendaftarkan secara sah persilatan ini di bawah Akta Pertubuhan 1966, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan persilatan ini dikenali sebagai Pertubuhan Seni Silat Tonggak Siliwangi Biru Selangor. Pada tahun yang sama pertubuhan ini juga sah menjadi ahli gabungan PESAKA Daerah Petaling.
Antara gelanggang awal yang dibuka adalah di SRK Taman Dato' Harun 2, SRK Taman Medan dan SMK Taman Medan. Keahlian meliputi mereka yang berumur diantara 7 hingga 45 tahun. Kini dengan keahlian berdaftar lebih 5000 orang dan keahlian aktif lebih 1000 orang, maka pertubuhan ini meneruskan visi dan misi untuk bersama-sama memartabatkan silat sebagai warisan bangsa yang perlu dimartabatkan ke mata dunia.

GELANGGANG
Pertubuhan ini mempunyai beberapa gelanggang silat yang sedang aktif. Antaranya:
a. Gelanggang Utama Taman Medan, Petaling Jaya
b. SMK Taman Medan, Petaling Jaya
c. Taman Koperasi Polis 2, Gombak.
d. Kampung Gajah, Perak
e. Padang Jawa, Shah Alam
Telefon : 013-636 0207 / 03-7783 3979 (Tuan Guru Rahana Hj Shaari)
012-669 1677 (Cikgu Khairul Nizam)

Khamis, 1 Januari 2009

2009 PENUH HARAPAN..2008 PENUH KENANGAN


2009 menjelma...membawa segunung harapan.Sejuta cita-cita.Segugus semangat.Apa yang pasti azam perlu dikepal dan dilaksanakan.Wahai orang-orang silat...bangkitlah!Teruskan perjuangan demi memartabatkan silat sebagai warisan bangsa.SELAMAT TAHUN BARU 2009.