Halaman

Rabu, 14 Januari 2009

PENAFIAN WUJUDNYA CAWANGAN PSSBCS

Disini ingin kami nyatakan bahawa Pertubuhan Seni Silat Betung Cemati Siguntang tidak pernah mewujudkan cawangan atau cabang gelanggang yang menggunakan nama lain. Gelanggang cawangan mestilah menggunakan nama rasmi perguruan iaitu PERTUBUHAN SENI SILAT BETUNG CEMATI SIGUNTANG dengan mendapat sijil pengesahan gelanggang dan tauliah dari Guru Pewaris.
Oleh yang demikian,pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat permasalahan yang berlaku di dalam perkara ini.
Sekian. Terima kasih.
MOHAMMAD FAIZAL BIN AWALUDIN
GURU PEWARIS
PERTUBUHAN SENI SILAT BETUNG CEMATI SIGUNTANG (PSSBCS)

Jumaat, 2 Januari 2009

SAHABAT SILAT DARI SELANGOR - 1

PERTUBUHAN SENI SILAT TONGGAK SILIWANGI BIRU SELANGOR

GURU UTAMA
Tuan Guru Rahana Bin Hj Shaari
ALAMAT PERTUBUHAN
Alamat rasmi pertubuhan ialah di No 37, Jalan PJS 2C/10, Taman Dato' Harun, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
SEJARAH PERTUBUHAN
Asal usul pertubuhan seni silat ini adalah dari Jawa Tengah (Indonesia) di awal tahun 70an lagi. Ianya telah dibawa ke Johor oleh seorang pelayar Indonesia yang dikenali sebagai Pak Belukang. Ketika sedang belayar, sampan yang dinaiki Pak Belukang telah dipukul ombak besar dan karam. Pak Belukang ditemui terdampar diperairan Johor oleh seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Cikgu Atan. Cikgu Atan berasa dari Melaka dan kini menetap di Majidi (Kg Sg Jernih, Lubuk Cina). Atas jasa yang ditunjukkan oleh Cikgu Atan maka Pak Belukang telah menurunkan ilmu agama dan ilmu persilatan beliau yang dikenali sebagai Seni Silat Tonggak Siliwangi Biru kepada Cikgu Atan. Setelah segala ilmu tersebut diperturunkan kepada Cikgu Atan, Pak Belukang mengambil keputusan pulang ke tempat asalnya.
Atas minat yang begitu mendalam terhadap persilatan ini, Cikgu Atan mengorak langkah pertama mengembangkan seni ini dengan menurunkan persilatan ini kepada seluruh ahli keluarga beliau termasuklah kepada sepupu rapat beliau yang dikenali sebagai Cikgu Zainudin, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.Seterusnya di Kuala Lumpur sekitar tahun 1978 Cikgu Zainudin menurunkan pula ilmu persilatan ini kepada sahabat karib beliau, Cikgu Rahana Bin Hj Shaari yang juga merupakan generasi ke 4 pertubuhan ini. Mereka berdua berganding bahu mengembangkan persilatan ini sehingga dikenali di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor. Dan Cikgu Rahana menumpukan usaha mengembangkan persilatan ini dengan membuka gelanggang kepada penduduk sekitar Petaling Jaya dan Sunway dan rumahnya sendiri dijadikan pusat latihan utama.
Atas permintaan anak-anak murid beliau sendiri, maka pada 26 Mei 1996, Cikgu Rahana telah mendaftarkan secara sah persilatan ini di bawah Akta Pertubuhan 1966, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor dan persilatan ini dikenali sebagai Pertubuhan Seni Silat Tonggak Siliwangi Biru Selangor. Pada tahun yang sama pertubuhan ini juga sah menjadi ahli gabungan PESAKA Daerah Petaling.
Antara gelanggang awal yang dibuka adalah di SRK Taman Dato' Harun 2, SRK Taman Medan dan SMK Taman Medan. Keahlian meliputi mereka yang berumur diantara 7 hingga 45 tahun. Kini dengan keahlian berdaftar lebih 5000 orang dan keahlian aktif lebih 1000 orang, maka pertubuhan ini meneruskan visi dan misi untuk bersama-sama memartabatkan silat sebagai warisan bangsa yang perlu dimartabatkan ke mata dunia.

GELANGGANG
Pertubuhan ini mempunyai beberapa gelanggang silat yang sedang aktif. Antaranya:
a. Gelanggang Utama Taman Medan, Petaling Jaya
b. SMK Taman Medan, Petaling Jaya
c. Taman Koperasi Polis 2, Gombak.
d. Kampung Gajah, Perak
e. Padang Jawa, Shah Alam
Telefon : 013-636 0207 / 03-7783 3979 (Tuan Guru Rahana Hj Shaari)
012-669 1677 (Cikgu Khairul Nizam)

Khamis, 1 Januari 2009

2009 PENUH HARAPAN..2008 PENUH KENANGAN


2009 menjelma...membawa segunung harapan.Sejuta cita-cita.Segugus semangat.Apa yang pasti azam perlu dikepal dan dilaksanakan.Wahai orang-orang silat...bangkitlah!Teruskan perjuangan demi memartabatkan silat sebagai warisan bangsa.SELAMAT TAHUN BARU 2009.