2009 menjelma...membawa segunung harapan.Sejuta cita-cita.Segugus semangat.Apa yang pasti azam perlu dikepal dan dilaksanakan.Wahai orang-orang silat...bangkitlah!Teruskan perjuangan demi memartabatkan silat sebagai warisan bangsa.SELAMAT TAHUN BARU 2009.
Pertubuhan Seni Silat Betung Cemati Siguntang merupakan sebuah pertubuhan silat yang bertujuan mengembang serta membela seni silat sebagai warisan bangsa Melayu. Disamping itu juga ianya sebagai pengisi aktiviti bagi setiap anak-anak didalam pertubuhan ini. Pertubuhan ini diasaskan di Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.Bergerak aktif sejak tahun 1985 sehingga kini. Merupakan ahli gabungan PESAKA Daerah Kuala Langat sejak tahun 1997. Terlalu banyak onak ranjau duri dilalui dalam mengembangkan pertubuhan ini. Anak murid keluar masuk termasuk yang "diberhentikan" menjadi asam garam kehidupan pertubuhan ini. Pemergian Guru Tua Sdr Hamdan Tukimin menjadi dugaan terbesar.Al-Fatihah... Namun perjuangan tetap diteruskan demi harapan dan cita-cita bersama untuk... "MEMARTABATKAN SILAT WARISAN BANGSA"
SENARAI GELANGGANG PSSBCS
SENARAI GELANGGANG YANG PERNAH DIBUKA :
1980an : Sek. Keb. Sri Langat Banting* Sek. Men. Keb. Jugra * Gelanggang Utama di Jalan Delima Banting.*
1990an : Sek.Men. Keb. Telok Datok* Sek. Men. Keb. Telok Panglima Garang* Sek. Agama Men. Tengku Ampuan Rahimah* Jalan Aman, Kancong Darat * (rumah Encik Ramly Hairani) Gelanggang Utama (berpindah) ke Kg Melayu Telok Bunut, Banting
2000 - sekarang
Rumah Anak Yatim Dan Miskin Kuala Langat* Gelanggang Kg Sawah ** Gelanggang Jalan Pulai (rumah Wak Kanang)**
* tidak aktif **masih aktif Terbaru - PEMBUKAAN SEMULA GELANGGANG UTAMA DI JALAN DELIMA 10, KG MELAYU, TELOK BUNUT, 42700 BANTING.
2 ulasan:
Assalamua'laikum
Salaam Persilatan dari PSSKTM. Boleh saya bertanya dari mana gambar animasi Hang Tuah ini diambil?
wsalam Amirul..pic ni saya amibil go google image..taip je hang tuah...muncullah dia..
PSSBCS
Catat Ulasan