Halaman

Jumaat, 26 Disember 2008

HERO SILAT SELANGOR-AHMAD KHUSAIRI IBRAHIM


Tiba-tiba saya terfikir untuk menulis tentang bekas-bekas juara silat dari Negeri Selangor. Kalau nak dikira bukan sikit jumlahnya. Tapi buat permulaan biarlah saya bermula dengan sahabat saya yang sorang ni..Cikgu Ahmad Khusairi Ibrahim..lebih mesra saya panggil Cikgu Mat..ada juga yang panggil Cikgu Mat Kucai (nama glamour kot)... Saya mengenali beliau pada tahun 1997 ketika saya membantu Encik Idris Johari (Setiausaha Kehormat PESAKA Selangor ketika itu) mengendalikan Kursus Kejurulatihan Silat Olahraga di IKELAS,Morib.Seterusnya pada program kejurulatihan daerah Kuala Langat pada tahun 1998, saya telah menjemput Cikgu Mat menjadi tenaga pengajar. Berikut saya tampilkan serba sedikit latar belakang Cikgu Mat Kucai untuk tatapan anda semua.

NAMA PENUH
Ahmad Khusairi Bin Haji Ibrahim PJK

ALAMAT SURAT MENYURAT & NO. TELEFON
No. 2, Blok 2A Masjid Raudhatul Mukminin,
Kampung Sungai Pinang Bandar Klang ,
Kilometer 2 Jalan Kapar-Klang,
41400 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Tel. 03-33413677 (R) / 013-3792084 (H/P)

PEKERJAAN, ALAMAT MAJIKAN & NO. TELEFON
Jurulatih Pencak Silat Sepenuh Masa Majlis Sukan Negeri Selangor
Pusat Akuatik Darul Ehsan,
Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel. 603- 55109063/55196380
Fax.603- 55101377

EMAIL : kucai40@yahoo.com

UMUR
42 Tahun

STATUS
Berkahwin

AKADEMIK
SPM

SIJIL ( SUKAN & SILAT ) TAHUN
Diploma Sea Games XIV Jakarta 1987
a. Diploma Sea Games XV K. Lumpur (Juara Sea Games) 1989
b. Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke -6 Coach 1991
c. Diploma Sea Games XVI - Coach 1991
d. Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke - VII - Coach 1992
e. Kursus Suai Fizikal/Latihan Kekuatan ( sepenuh masa) 1992
f. Kursus Bina Negara 1993
g. Management Program For Team Manager & Coaches 1993
h. Kursus Klinik Sport and Stress Therapy 1994
i. Workshop for Coaches Federal Territory Prepares Sukma "96 1995
j. Kursus Sains Sukan Tahap II 1997
k. Rakan Wajadiri ( Sektor IPT) 2000
l. Strength Conditioning for Sport Specific Training 2001
m. Diploma Sea Games XXI - Coach 2001

NAMA PERGURUAN
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

MEWAKILI PESAKA NEGERI / ANGGOTA PENDIRI.
Pesaka Negeri Selangor

ALAMAT PENUH & NO. TEL.PESAKA NEGERI/ANGGOTA PENDIRI
PESAKA NEGERI SELANGOR,
No. 1 lorong Melati, Jalan Bomba,
45000 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-32695803 / 013-3464160 (H/P)

REKOD PENCAPAIAN KEJURULATIHAN
Status / Peringkat:
i) Jurulatih Negeri Selangor dari 1984 hingga 1992
Melahirkan pesilat -pesilat negara seperti:
Mohd Rafee Yaacob , Rauf Abdullah , Hairy Abdul Rahman,
Ruzaidi Abdul Rahman , Normala Yaakob , Malik Faizal Yaacob ,
Mohd Yusni Kosnan, Nazerah Abdul Latif , Muhammad Ali Lat
ii) Sebagai Jurulatih Negeri Selangor.
Menbawa pasukan Negeri Selangor Juara keseluruhan sebanyak 2 kali
Pada tahun 1988 dan 1990 di kejuaraan Silat Kebangsaan.
iii) Jurulatih Negeri Kedah .Kebangsaan (1991)
Pencapaian : 1 Emas 1 Perak dan 1 Gangsa.
iv) Jurulatih : SUKMA Selangor ke-2 : (1992)
Pencapaian : 8 Emas 2 Perak 1 Gangsa
v) Jurulatih : SUKMA Negeri Pahang (1993-1996)
Pencapaian : Zulkifli Seman , Faizal Wahad , Khairul Rosmin ,
Norafzan Tajuddin , Azrin Abd Malik , Mazlan Abd Malik
Edisaflinor, Mohd Azmi dan lain2
vi) Jurulatih : Negeri Pahang SUKMA di Perak (1994)
Pencapaian : 1 Emas 2 Perak 3 Gangsa
vii) Jurulatih : Kebangsaan Sukan Sea di Manila (1991)
Pencapaian : 5 Emas 5 Perak 5 Gangsa.
viii) Jurulatih : Sukma Selangor di Selangor (1997)
Pencapaian : Juara keseluruhan 3 Emas 1 Perak dan 2 Gangsa
viiii) Jurulatih : Sukma Selangor di P. Pinang (1999)
Pencapaian : Juara Keseluruhan 2 Emas 4 Perak 2 Gangsa
viiiii) Jurulatih : Kebangsaan Sukan Sea di K.Lumpur (2001)
Pencapaian : 5 Emas 1 Perak 2 Gangsa.

Siapa pula hero silat Selangor yang akan saya tampilkan selepas ini??Nantikan...

Rabu, 24 Disember 2008

BERITA SILAT


Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

PENUNDAAN Kejohanan Silat Sedunia di Bali yang sepatutnya berlangsung bulan ini kepada Februari depan dianggap tuah buat kontinjen silat negara kerana mereka boleh menggunakan tempoh panjang itu dengan mengemaskinikan latihan pusat.

Ia sekali gus menghadirkan berita gembira kepada Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) memandangkan sebahagian besar pesilat negara sekadar menjalani latihan pusat sebulan sebelum tarikh sebenar kejohanan itu diadakan.
Penyelaras Pesaka, Osman Nok , berkata Pesaka menyambut baik keputusan itu sambil menyifatkan ‘pucuk dicita ulam mendatang’ khususnya dalam misi memburu pencapaian sama ketika kejohanan diadakan di Kuantan, tahun lalu.

“Kami gembira apabila mendapat tahu kejohanan ditunda Februari tahun depan. Justeru, apa yang kami perlu lakukan dalam tempoh berkenaan ialah mengemaskini latihan selain meningkatkan teknik dan taktikal.

“Keputusan itu menyaksikan kami memiliki tempoh dua bulan sebelum kejohanan berlangsung. Dalam hal ini, kami perlu memastikan semua pesilat mendapat latihan secukupnya.

“Jika sebelum ini, hanya 13 daripada 30 pesilat menjalani latihan sejak awal tahun tetapi bakinya mula memasuki kem bulan lalu,” katanya.
Kejohanan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 25 Disember ini membabitkan penyertaan 17 pesilat negara bagi kategori silat olahraga manakala 12 pesilat lagi silat seni.

Penundaan itu terpaksa dilakukan atas permintaan negara Eropah yang secara kebetulan menyambut Krismas, esok.
Di Kuantan tahun lalu, skuad negara muncul naib juara keseluruhan dengan tujuh emas di belakang Vietnam (sembilan emas) dan Indonesia (tiga emas).

Penyertaan pasukan negara kali ini dibarisi gabungan pesilat senior dan junior. Pada Sukan Sea lalu, silat gagal meraih sebarang emas apabila semua pesilat negara termasuk mereka yang bergelar juara dunia tewas.

PSSBCS : Kami doakan semoga team Malaysia akan lebih cemerlang dan mencapai kegemilangan.

Sabtu, 20 Disember 2008

KEPUTUSAN PENCAK SILAT SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008


Salam buat semua..semalam merupakan hari terakhir untuk acara Pencak Silat Sukan Universiti Asean. Yang membanggakan adalah daripada 12 kategori Tanding, Malaysia mempunyai 10 wakil di pentas final. Namun pentas pertandingan terutama bagi acara Pencak Silat ini yang bercorak pengadilan subjective..maka segalanya boleh terjadi. Dan keputusan yang harus kita telan.. Malaysia hanya mampu mendapatkan 3 pingat emas (+ 2 seni = 5 emas) sahaja seterusnya muncul juara pingat perak semalam. Apapun tahniah buat pesilat Malaysia..Berikut dipaparkan kutipan pingat keseluruhan Pencak Silat.Saudara/i bolehlaha layari www.aug2008.com.my untuk maklumat lebih menyeluruh lagi.

Vietnam 8E 4P 2G
Malaysia 5E 8P 4G
Indonesia 4E 6P 4G
Singapore 1E 10G
Brunei Darussalam 2G
Cambodia 0
Lao PDR 0
Philippines 0
Thailand 0
Timor-Leste 0

Rabu, 10 Disember 2008

TIBA-TIBA TERINGAT.....

Salam buat semua...
Tetiba teringat cerita lama tentang silat..itupun bila terjumpa gambar-gambar lama..kalau tentang silat ni saya memang susah nak lupa walaupun dah lebih 15 tahun berlalu (ada gak yang lupa sikit-sikit)

Gambar 1: Pertandingan Silat Pecahan Gerak Suci di Taman Melati. Masa tu saya baru darjah 6.Antara gabungan yang hadir yang saya masih ingat ialah PSS Betung Cemati Siguntang (silat saya) PSS Harimau Jatian Lima (Abg Jebat), PSS Singa Kandangan (Abang Wan Haris), PSS Mandau Senyawa. Ada lagi tapi lupa plak.. Kalau nak tau yang kecik pakai topi hitam tu Iskandar, adik Shima penyanyi lagu Teringin tu...



Gambar 2:Kejuaraan Pencak Silat Sedunia di Stadium Negara. Lupa tahun berapa. Gambar saya bersama salah seorang pesilat Indonesia, pemenang kategori Masal. Dia punya masal memang hebat.


Gambar 3: Menyambut YB Tan Sri Muhyiddin Yasin, ketika tu sebagai Menteri Belia Dan Sukan.Dia datang ke Kuala Langat. So kami bersama Persatuan Karate dan Tae Kwon Do Kuala Langat melakukan demontrasi. Turut bersama ialah En A.Raman Musbah, Pegawai Belia & Sukan K.lgt.



Gambar 4: Ini adalah Jurulatih PSSBCS Sdr Azli dan Sdr Azlan. Masa ni menyertai Pertandingan Silat Seni Kuala Langat di SK Olak Lempit. Tuan rumah PS Buah Tujuh Silat Laksamana. Ini pakaian rasmi kalau menyertai pertandingan seni.

KENANGAN-MAJLIS PENYAMPAIAN BENGKUNG TAHUN 2000

Masa kemas bilik, terjumpa plak gambar masa penyampaian bengkung tahun 2000. Masa tu buat di sebelah Dewan Orang Ramai Kanchong Darat, Banting. Lebih kurang 50 orang telah ditauliahkan kenaikan bengkung.5 orang ditauliahkan bengkung Jurulatih.
Keterangan gambar :

Gambar 1 : Saudara Aziz (telah meninggal dunia pada tahun 2005)(Bengkung Hitam Kuning 5)
Gambar 2 :Saudara Azlan (Bengkung Hitam Kuning 3)
Gambar 3 :Lupa sapa ni...Bengkung Merah (Pen.Jurulatih)
Gambar 4: Cik Liza (KLIA) Bengkung Merah (Pen.Jurulatih)
Gambar 5: Persembahan Bunga Hulubalang.
Antara tetamu yang hadir ialah En Hamdan (Guru Tua), En Awaludin (Ayahanda),En Hasan dan En Hamid (JKKK Kanchong Darat).



KENANGAN-PERKHEMAHAN DI MORIB TAHUN 96

Dalam tahun 96..Perkhemahan di Pantai Morib selama 3 hari 2 malam..Masa tu jurulatih yang ikut Asmawati (dah anak 1), Norhafizah (dah anak 2), Norazillah(dah anak 4), Atan(dah kawin). Gabungan 2 gelanggang SMK Telok Datok dan SMK Telok Panglima Garang (50 orang). Kat mana agaknya budak-budak ni sekarang ye???

Gambar kenangan :



KENANGAN-GELANGGANG SMK TELOK DATOK SEKITAR 90an

KENANGAN GELANGGANG SMK TELOK DATOK SEKITAR TAHUN 90an. Banyak kenangan tercipta digelanggang ini. Boleh dikatakan setiap tahun sekolah ini akan menjadi wakil daerah ke Kejohanan Silat Sekolah-Sekolah Selangor. Ramai jurulatih lahir dari gelanggang ni.
Gambar kenangan :







Selasa, 9 Disember 2008

BAKAL JURULATIH

Memperkenalkan bakal jurulatih PSSBCS, Cik Intan Norzulaiha.....masih bersekolah lagi....aktif dalam sukan dan sentiasa mewakili Sek.Men.Keb.Bandar Banting dan Daerah Kuala Langat dalam acara bola tampar,bola baling, bola jaring...Jaguh Silat Putri dalam pembikinan....

KISAH MENGAJAR DATUK SITI NURHALIZA BERSILAT


Assalamualaikum...Selamat Hari Raya AidilAdha...Teringat saya kepada suatu kenangan dahulu. Nak tau kenangan apa??? Bole...bole...tentu semua kenal dengan penyanyi tersohor tanahair kan??ala...sapa lagi kalau bukan Siti Nurhaliza...sekarang dah Datuk/Datuk Seri...Tahniah Datuk..semoga bahagia disisi Datuk K.....Masa tu Siti akan mengadakan show Hiburan Minggu Ini di RTM1....bertemakan Irama Tradisional...nak dijadikan cerita anak murid lama saya terlibat aktif dengan MAYC Kuala Langat telah mendapat offer untuk bersama-sama menjayakannya. Jadi saya telah dihubungi oleh anak murid lama saya tu dengan tujuan menjadi jurutunjuk serta merekacipta gerakan persembahan tersebut.Maka selama seminggu saya bersama 8 lagi ahli silat Siguntang berulang-alik ke RTM bagi tujuan latihan dan "rehearsel"(betul ke ni?hantam...)bersama Siti...maka Siti pun jadilah "anak murid tak rasmi" saya.....maka program tersebut disiarkan secara langsung di RTM1...bukan niat untuk menunjuk tapi rasa bangga kerana silat dijadikan pembuka tirai....sapa kata silat ni cuma boleh dok perusuk kampung je..silat hak bangsa melayu...tak lekang dek panas...tak lapok dek hujan...Oklah...cukup buat masa ni...sampai jumpa di nukilan saya akan datang....Wassalam

KENANGAN LALU

Salam buat semua...
Tiba-tiba saya teringatkan kenangan ketika saya bertugas sebagai Penolong Setiausaha Kehormat PESAKA Negeri Selangor...dan kenangan yang tak dapat dilupakan apabila Presiden kami YBhg. Dato' Hj Jaei Bin Hj Ismail (YB & ADUN Meru ketika itu) membawa kami ke terbang ke Jakarta (Bandung, Puncak, Jakarta). Apa khabar agaknya kawan-kawan lama ye???? Didoakan semoga semua sihat....


MAJLIS PERKAHWINAN PEWARIS PERTUBUHAN

Pada 9 November 2008 bertempat di Taman Permata,Kuala Lumpur telah disempurnakan majlis perkahwinan Pewaris Pertubuhan Seni Silat Betung Cemati Siguntang iaitu En. Mohd Faizal Bin Awaludin dengan pasangannya Pn.Azlina Bt Harun. Anak-anak Siguntang juga turut mengiringi dan mempersembahkan Tari Diraja Siguntang.












Jumaat, 3 Oktober 2008

SALAM AIDILFITRI

Salam Aildilfitri buat semua ahli Persatuan Seni Silat Betung Cemati Siguntang.....
Maaf Zahir Dan Batin...

Isnin, 22 September 2008

MAJLIS BERLIMAU

Assalamualaikum....

Pada malam minggu yang lalu (20.9.08) telah diadakan majlis berlimau kepada ahli baru dibawah payung panglima..

Antara mereka ialah Bowtax, Iwe, Kicap, Lando dan Bandung...

Didoakan semoga kekal bersemangat dan terus berjuang...

Terima kasih kepada Angah (Abang Paduka Muda) serta Penggawa Muda Kembar 3 Daus, Mok dan Keding kerana membantu......

Wassalam...

Paduka Laksamana....

Ahad, 14 September 2008

Selamat Datang....

Tahniah dan selamat datang kepada semua ahli baru terutama kepada semua ahli .....teruskan perjuangan...

BERDENTUM GURUH DILANGIT,
AIR DITEMPAYAN DICURAH JANGAN,
WALAU SUSAH PAYAH DAN SENGIT,
PERJUANGAN KITA TETAP DITERUSKAN.......


Salam dari
PADUKA LAKSAMANA...

Salam Ramadhan....

Kepada semua ahli terutama kepada Penggawa Muda Berkembar Tiga..bersedialah..masanya telah tiba..saat perjuangan akan bermula bila-bila masa sahaja....