Halaman

Jumaat, 2 April 2010

PETUA MENCUCI HATI OLEH DATUK DR HJ FADZILLAH KAMSAH

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).


7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."



Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..


8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.




"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Rabu, 31 Mac 2010

TAKWIM-BIRO KEJURULATIHAN PESAKA NEGERI SELANGOR

MESYUARAT BIRO KEJURULATIHAN PESAKA NEGERI SELANGOR
20 Februari 2010 (Sabtu)
Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor

SENARAI JAWATANKUASA BAGI TAHUN 2009-2011
(Yang telah dilantik)

Pengerusi - Tuan Haji Saukar Ali @ Ibrahim Idris
Naib Pengerusi - Sdr Mohd Rafi Bin Yaakob
Setiausaha - Sdr Shahrul Hisham Bin Sulaiman (mengetuai Sekretariat Program & Latihan)
Pen.Setiausaha - Sdr Aminuddin Bin Ismail (dilantik mengetuai Sekretariat Informasi & Multimedia)
Bendahari - Sdr Mohammad Bin Othman
Ahli Jawatankuasa :
Sdr Khairul Nizam Bin Rahana (dilantik mengetuai Sekretariat Kebajikan & Aduan)
SDR MOHD FAIZAL BIN AWALUDIN (dilantik mengetuai Sekretariat Pendaftaran & Pengurusan)
Sdr Dzulnizam Bin Sogol (dilantik mengetuai Sekretariat Disiplin & Keselamatan)
Sdr Zulfadzim Azim Bin Hambali
Sdr Effendi Mustafa (dilantik menganggotai Sekretariat Informasi & Multimedia)
Sdr Azmi (Klang) (dilantik mengetuai Sekretariat Perhubungan Korporat & Antarbangsa
7 daerah masih belum menghantar nama.

TAQWIM YANG DIBENTANG DAN DILULUSKAN

APRIL
Pendaftaran Jurulatih Silat Negeri Selangor
Program Turun Padang Bertemu Jurulatih Daerah
Kursus Manual Olahraga Tahap Satu

Mei
Program Mesra Biro Kejurulatihan Bersama Biro Teknikal PESAKA Negeri Selangor
Road Tour ke 9 daerah -Bengkel Jurus Tunggal Dan Jurus Wajib (hingga Julai)

November
Kursus Biro Tatanegara

Disember
Kursus Manual Olahraga Tahap Dua

Lain-lain
Kursus Sains Sukan - mengikut kalendar Majlis Sukan Negara.

**masih ada program yang tidak tersenarai yang akan dibincang dan diputuskan oleh biro.

Ahad, 21 Mac 2010

PENCAK SILAT SUKMA,MELAKA 2010

PENCAK SILAT

Venue Pertandingan
DEWAN MITC
GPS Koordinat : Latitude: 02º,16',18.3"(N) Longtitude: 102º,17',06.3"(E)
Jarak dari :

Tol Ayer Keroh : 3.6km
Kompleks Sukan Hang Jebat : 6.2km
Ketua Delegat Teknikal
EN. MOHAMAD B. MAT AMIN
Pengurus Pertandingan
ENCIK ZAINI BIN ISMAIL


Venue Penginapan
YAYASAN MELAKA PANTAI PERINGGIT
GPS Koordinat : Latitude: 02º,13',24.5" (N) Longtitude: 102º,15',14.9" (E)
Jarak dari :

Tol Jasin : 20.5km
Tol Ayer Keroh : 10.8km
Kompleks Sukan Hang Jebat : 7.6km

Bilangan Peserta
208 (Lelaki), 134 (Wanita)

Kapasiti
473 (Lelaki), 473 (Wanita)

Senarai Acara Pencak Silat
Lelaki
KELAS A 45KG-50KG
KELAS B 50KG-55KG
KELAS C 55KG-60KG
KELAS D 60KG-65KG
KELAS E 65KG-70KG
KELAS F 70KG-75KG
KELAS G 75KG-80KG
KELAS H 80KG-85KG
KELAS I 85KG-90KG
KELAS J 90KG-95KG
SOLO (BEBAS)
SOLO (JURUS TUNGGAL BAKU)
TEMPUR (GANDA)
JURUS WAJIB (REGU)

Wanita
KELAS A 45KG-50KG
KELAS B 50KG-55KG
KELAS C 55KG-60KG
KELAS D 60KG-65KG
KELAS E 65KG-70KG
SOLO (BEBAS)
SOLO (JURUS TUNGGAL BAKU)
TEMPUR (GANDA)
JURUS WAJIB (REGU)

Ahad, 7 Mac 2010

PESAN NABI SEBELUM TIDUR

Dari blog :  MOHD SYAKIR MAKIN
--Pesan Nabi sebelum tidur - 1 minit sahaja
Assalamualaikum... Untuk manfa'at bersama........


SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....


"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.


Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.


Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.


Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )


Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"


Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )


Sekian untuk ingatan kita bersama.


* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


kredited to my sister NurFajrina Mohd Makin.

Jumaat, 5 Mac 2010

BERITA SILAT-PESAKA GUSAR CUACA PANAS

LAIN yang diharapkan, lain pula jadinya. Itulah terpaksa ditelan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) selepas Persekutuan Silat Antarabangsa memilih Kalimantan Utara, Indonesia sebagai tuan rumah Kejohanan Silat Dunia yang berlangsung dari 25 hingga 31 Julai depan.


Bukan soal lokasi pertandingan tapi yang merisaukan Pesaka ialah faktor cuaca kerana dikhabarkan pada ketika itu, wilayah terletak bersebelahan Sarawak berada pada suhu panas.

Bahkan sebelum ini, Pesaka lebih mengharapkan Singapura menjadi tuan rumah, namun keputusan dibuat badan induk silat dunia itu terpaksa diterima walaupun pada hakikatnya ia terlalu sukar diterima.

“Bagi kami, kalau ditanya siapa lebih selesa menjadi tuan rumah, sudah tentu kami pilih Singapura. Tapi, apabila keputusan dibuat Persekutuan Silat Antarabangsa, kami terpaksalah terima saja.

“Memang diakui pesilat mungkin berdepan kesukaran terutamanya cuaca panas. Seperti diketahui, pada ketika itu, pesilat kami terpaksa melalui cabaran ‘tambahan’.

“Dan apabila kami menyedari keadaan seperti itu, Pesaka terpaksa membuat sedikit perubahan dari segi corak latihan bagi membolehkan pesilat menyesuaikan diri dengan keadaan yang bakal dilalui,” kata penyelaras Pesaka, Osman Nok.

Pengumuman itu menamatkan desas-desus siapa bakal menjadi tuan rumah walaupun perubahan tarikh sudah diketahui sebelum ini.

Jika sebelum ini, Singapura turut berminat menganjur kejohanan, namun permohonan mereka ditolak sebalik diberi hak kepada Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) untuk menganjurkan kejohanan itu.

Osman berkata, Pesaka bakal menghantar 30 pesilat elit dan pelapis selain menyerapkan beberapa pesilat senior dalam kategori yang dipertandingkan.

“Memandangkan semua pesilat sudah ada kategori masing-masing, kami terpaksa memilih beberapa pesilat senior terutamanya dalam acara terbuka. Beberapa nama mungkin kita senarai termasuk bekas jaguh dunia, Mohd Azrin (Abd Malek),” katanya.

Kejohanan ini adalah detik pertarungan pertama jika tidak diambil kira kejohanan Terbuka Belgium bulan depan selepas kali terakhir beraksi di Sukan Sea Laos hujung tahun lalu.

Kejayaan meraih empat pingat emas menerusi Mohd Hafiz Mahari (putera kelas A), Mohd Fauzi Khalid (putera kelas F), Faizal Abdullah (putera kelas H) dan Emy Latip (puteri kelas C) membuka lembaran baru buat sukan mempertahankan diri itu selepas sekadar mengutip satu perak di Sukan Sea Korat.

Khamis, 18 Februari 2010

PERASMIAN SIDANG AGONG PESAKA MALAYSIA 2009

DERAF UCAPAN
YAB. DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN HAJI MOHD RUSTAM
KETUA MENTERI MELAKA
SEMPENA
SIDANG AGUNG TAHUNAN
PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN MALAYSIA
KALI KE 11, 2009
PADA HARI SELASA, 29 DISEMBER 2009,
JAM 5 PETANG
BERTEMPAT DI HOTEL LISBON, JALAN D’ ALBUQUERQUE,
PORTUGUESE SETTLEMENT,
UJONG PASIR, 75050 MELAKA.

**klik pada tajuk untuk ke pautan

Gambar...

Rabu, 17 Februari 2010

KEJOHANAN PENCAK SILAT UPSI DAN JEMPUTAN ASEAN 2010

Pasukan Pahang A bersama piala kejuaraan

PASUKAN Pahang A mendominasi Kejuaraan Pencak Silat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jemputan Asean 2010 anjuran UPSI dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) bagi merebut Piala Seri Bitara selepas muncul juara keseluruhan pertandingan yang berlangsung bermula 10 Februari dan berakhir kelmarin

Pahang A yang membariskan beberapa pesilat hebat, memperoleh lima pingat emas, dua perak dan dua gangsa dengan persembahan yang memukau juri dan hadirin sekali gus membawa pulang Piala Pusingan Seri Bitara dan hadiah wang tunai RM1,500.


Pasukan jemputan Asean iaitu Singapura turut menyerlah dengan aksi menarik menumpaskan lawan untuk muncul pemenang tempat kedua apabila meraih tiga emas, empat perak dan tiga gangsa sekali gus memenangi RM1,000.

Pasukan Perak yang meraih dua emas dan tiga gangsa menduduki tempat ketiga dan membawa pulang RM500.

Seramai 800 pesilat daripada 42 pasukan yang mewakili seluruh universiti awam tanah air dan pesilat jemputan dari universiti Asean menyertai kejuaraan merebut Piala Pusingan Seri Bitara sumbangan Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Aminah Ayob yang mempertandingkan kategori silat olahraga dan silat seni.

Jumaat, 29 Januari 2010

GARIS PANDUAN SILAT MENGIKUT ISLAM

Jom semak semula garis panduan ni..dikeluarkan oleh JAKIM. Semoga boleh jadi panduan buat kita semua.
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/silat.htm

CADANGAN MEMBINA GELANGGANG SILAT TERBESAR

Oleh rizanizam abdul hamid

Mohd. Ali Rustam (dua dari kanan) disambut dengan pertunjukan silat ketika hadir pada Majlis Perasmian Sidang Agung Tahunan Pesaka Ke-11 di Hotel Lisbon, Kampung Portugis, Melaka.


MELAKA - Kerajaan negeri bercadang membina sebuah gelanggang silat yang boleh digunakan kira-kira empat juta ahli persilatan dari seluruh negara sekali gus menjadikannya gelanggang silat terbesar di dunia.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sudah tiba masanya golongan belia mendapat tempat yang bertaraf dunia untuk mempelajari dan mendalami ilmu persilatan Melayu.
Menurut beliau, golongan belia hari ini perlu dilengkapi dengan aktiviti yang boleh membentuk jati diri, berdisiplin, bersemangat tinggi, berani dan sanggup berkorban demi bangsa dan negara yang dapat dipelajari dalam ilmu persilatan."Dengan penyertaan empat juta ahli di seluruh negara atau berpuluh juta ahli seluruh dunia dalam persatuan silat, tiba masanya kita mempunyai gelanggang silat terbesar di dunia.
"Saya akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) tentang cadangan ini sebelum ia boleh dilaksanakan dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi," katanya.Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Agung Tahunan Pesaka Ke-11 di Hotel Lisbon, Kampung Portugis.Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri merangkap Presiden Pesaka negeri, Datuk Yaakub Md. Amin; Naib Presiden 1 Pesaka, Datuk Md. Sohaimi Mohd. Shah.Turut hadir Pengerusi Dewan Perguruan Pesaka, Datuk Omar Din Mauju; Pengerusi Pesaka Kedah, Datuk Lat Sharizal serta para perwakilan dari seluruh negara.
Mengulas lokasi cadangan tapak gelanggang silat itu Mohd. Ali berkata, buat masa ini beliau mencadangkan ia dibina di Ulu Duyong, Bemban.Menurut beliau, ini kerana kampung tersebut berkait rapat dengan ilmu persilatan Melayu apabila pernah dihuni pahlawan Melaka, Laksamana Hang Tuah 600 tahun dahulu."Jika ia menjadi kenyataan, negeri ini akan mempunyai sebuah lagi pusat aktiviti golongan remaja yang bertaraf dunia."Ilmu persilatan bukan sahaja mengajar seni mempertahankan diri tetapi juga membina sebuah masyarakat yang mempunyai ketahanan dalaman, pembentukan sahsiah yang tinggi dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kesetiaan dan kecintaan yang tinggi kepada negara," katanya.
Tambahnya, pembinaan gelanggang silat tersebut akan menambah kemudahan sedia ada yang bertaraf dunia di negeri ini seperti ibu pejabat Perhimpunan Belia Sedunia (WAY).Selain itu katanya, Melaka turut mempunyai Muzium Belia yang pertama di dunia dan terbaru sedang membina kem pengakap terbesar di dunia yang boleh memuatkan 20,000 ahli dalam satu-satu masa di Merlimau yang bernilai RM10 juta.~Utusan Malaysia
**PSSBCS-Harap2 cadangan ini akan menjadi kenyataan. Dengarnya dulu Dato' Seri Mohamad Hasan nak buat di Negeri Sembilan tapi tak jadi kenyataan. Warga silat di Malaysia perlu sebuah mercu silat ala Padepokan di Jakarta.

Isnin, 25 Januari 2010

WASIT SAMSENG??

Isu lama ni..Terlintas untuk menulis tentangnya. Mungkin ada ikhtibar disebalik insiden ini.

Sebenarnya kekecohan ni berlaku pada tahun lepas (2009). Mungkin dah menjadi isu basi. Saya antara orang terawal memberi komen dalam isu ini di youtube tersebut. (boleh search dalam youtube dan taip wasit samseng)

Tanpa menyebelahi sesiapa saya nyatakan bahawa pengetahuan undang-undang dalam Silat Olahraga itu cukup penting. Bagi pihak pesilat yang bertanding, kalah menang adat bertanding. Pesilat yang mempamerkan aksi "bertempur" didalam gelanggang pasti akan menang. Namun ramai pesilat salah faham dan tidak faham dengan konsep penjurian. Bagi mereka setiap serangan mereka yang kena pada lawan juri perlu catatkan. Disini tugas jurulatih menerangkan dari awal konsep penwasitan dan penjurian.

Apabila seseorang pesilat itu "diterjunkan" ke alam silat olahraga, silat seni atau pertandingan silat, jurulatih "biasanya/selalunya/kebiasaannya" akan terus menekankan teknik dan latihan, sparing, shadow, latihan litar, fittness dan macam-macam lagi. Namun....bagaimana jurulatih adakalanya boleh terlupa atau terlepas pandang?? menerangkan "konteks mencari point yang akan dikira oleh juri". Ingat!! Point dikira oleh JURI...bukan WASIT (kecuali point berdasarkan jatuhan dan hukuman.Itupun dalam hal jatuhan ada kalanya akan melibatkan pengedahan dari juri juga). Mengikut pengalaman saya (yang cetek) sebagai wasit dan juri, wujud pesilat yang "masuk gelanggang" tanpa "ilmu mencari point" (alamak..istilah baru ke ni??hehe..) Yang mereka tahu adalah memandang kepada pelepas (yang menunjukkan isyarat suruh menumbuk,menendang,membuat jatuhan,main laju,pusing gelanggang dll). Serangan nampak banyak, tetapi kalah??Jatuhan banyak dibuat tapi tak kira??kenapa ye??

Macamana nak dikira jika setiap serangan tanpa pola langkah silat (main serang je..silap gaya kena hukum..belum dapat point dah kena hukum..hutang dengan juri..hehe..rugi). Sah ke serangan dan jatuhan tanpa sikap pasang..ada pesilat (SUKMA) yang melopong mulut apabila diajukan soalan tadi. Bukan hanya tidak faham tapi tak pernah dengar tentang pola langkah silat dan sikap pasang. Salah siapa??pesilat??jurulatih??wasit atau juri??

Bagaimana dengan insiden (video) diatas. Hakikatnya insiden tersebut tidak wajar berlaku. Masing-masing mengekkan benang basah. Manusia punyai emosi. Namun dalam gelanggang emosi buang jauh-jauh. Tapi perkara dah terjadi. Undang-undang dan prosuder pertandingan perlu diikut. Bantahan rasmi perlu dibuat sejurus keputusan diumumkan oleh "PENGURUS PASUKAN". Tidak dinafikan penonton (penyokong) memainkan peranan tercetusnya insiden ini.

Ramai yang saya kenal disitu. Abang Mat Cha sebagai wasit pasti punya alasan mengapa beliau gagal mengawal kemarahan. Pesilat terlibat merupakan anak murid terbaik Cikgu Elmi (Kalimah Panglima Tangkas-saya pernah berborak panjang dengan Cikgu Elmi tentang apa yang sebenarnya yang terjadi) yang dikatakan tidak pernah kalah bertanding. Kali ini kalah. Ramai menyalahkan wasit..tetapi mengapa mereka tidak sedar bahawa yang memberi markah adalah juri. Ada yang tidak puas hati jika kekalahan 5-0 sedangkan pesilat sama-sama hebat. Lupakah mereka (atau tak tahu sebenarnya) jika pesilat disuatu sudut mempunya hanya lebih 1 point pada setiap (5) juri maka kemenangan angka 5-0 akan diperolehi. Mari kita sama-sama renungkan

Tahniah juga kepada sahabat-sahabat dari PESAKA Klang seperti abang Rafi, abang Zul (Botak), abang Wan Aris, abang Azmi dan lain-lain yang berjaya meredakan @ meleraikan @ menyelesaikan masalah tersebut. Segala yang berlaku merupakan satu pengalaman buat semua.

Emm....ada sesiapa yang nak komen tentang isu ini.Silakan....

Jumaat, 22 Januari 2010

SALAM BUAT SEMUA

Salam buat semua...
Terdahulu..sepuluh jari saya susun memohon maaf kerana dah lama tak menulis..
Agak sibuk dengan perniagaan...namun silat tetap dihati..
InsyaAllah..akan ada berita terkini berkenaan silat terutama di Selangor akan dipaparkan diruangan ini. Nantikan ye.

Buat sahabat-sahabat yang sudi mengunjungi blog ini, saya ucapkan jutaan terima kasih. Salam persaudaraan dari saya buat anda semua.

Buat Kang Sudir, rajin-rajin hantar berita ye kang. Buat Syakir and the gang, maaf sebab tak masukkan gambar anda sekalian.

Apa pun Selamat Tahun Baru 2010.