Salam buat anda semua. Lama saya tidak update blog. Agak sibuk dengan tugas harian dan tugas khas. Tugas khas?? Sekarang saya menguruskan 2 projek yang agak besar. Pertama, saya menjadi Pengarah Operasi untuk Master Ruzaidi Hj Abdul Rahman (www.ruzaidiabdulrahman.blogspot.com) ...menguruskan hal ehwal Akademi Betakos dimana kelas dan seminar yang sedang berjalan. Begitu juga kami dalam peringkat akhir perbincangan dengan sebuah badan anti dadah untuk projek melatih penguatkuasa badan tersebut. Kedua saya dilantik sebagai "consultant" bagi mengurus Pusat Rawatan Imantherapy (www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com). Alhamdulillah..April merupakan bulan kedua kami membantu memberikan khidmat kepada masyarakat.
Terkejut juga saya apabila "terjumpa" kawan lama di ruangan sembang dalam blog ni.. Saudara Sudir...kawan lama dari Persatuan Seni Silat Diponegoro, Sijangkang. Bekas juara solo daerah Kuala Langat ni saya jumpa kali terakhir pada tahun 1999 tak silap saya..dengarnya dah jadi pesawah sepenuh masa di Sekinchan...kayo tu...
Bercerita tentang Persatuan Seni Silat Diponegoro ni...saya boleh kategorikan sebagai sebuah silat yang dikenali dan aktif. Antara silat awal yang menjadi gabungan PESAKA Daerah Kuala Langat (sebelum tu di kenali sebagai Pertubuhan Silat Gabungan Kuala Langat). Setelah saya dilantik menjadi Setiausaha Kehormat, kami sentiasa berganding bahu menganjurkan pelbagai program..dan Diponegoro biasanya menguasai acara Silat Seni. Mana taknya...ada diantara pesilat Diponegoro ni pernah menjadi Juara Silat Seni Selangor dan pernah bertanding di Festival Silat Nusantara Ke-2. Pengalaman yang cukup menarik walaupun peserta tersebut yang saya kenali sebagai Kak Eda (Zuraidah kot) sekarang dah ada anak dara pun..
Kepada kang Sudir...jika anda terbaca tulisan ini...harap dapat dikongsikan bersama pengalaman anda disini. Untuk tatapan dan panduan pesilat-pesilat muda.
Al-Fatihah buat Allahyarham Kakanda Hamdan Bin Hj Tukimin....
(air mata saya tetap mengalir bila setiap kali menyebut nama bang Mendan..)
Jumaat, 10 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
assalamualaikum....kepada semua pengunjung blog ini di doakan semoga sihat selalu dan kepada sahabat lama saudara Faizal atau lebih popular dengan panggilan " MANJA " terima kasih kerana masih ingat kepada saya walaupun telah lama tidak bersua....semoga succes selalu.Tiada apa sebenarnya yang hendak di banggakan dengan diri saya di dalam dunia persilatan kerana semua pesilat sejati perlu mempunyai jati diri dan semangat untuk memajukan diri sendiri...tapi harus di ingat bila kita pandai bersilat bukanlah bermakna kita sudah jadi " hero " kerana ada lagi yang lebih hebat dari kita......Berkisar pula tentang persatuan seni silat Diponegoro...persatuan ini sebenarnya telah wujud sejak tahun 1960an lagi (pada andaian saya )di bawah bimbingan Tuan guru Haji Masri (Wak Masri)dan telah melahirkan pesilat-pesilat yang berjaya ketika itu.....kemudian persatuan tersebut terhenti agak lama sehinggalah terbuka semula idea untuk menghidupkan semula persatuan ini pada sekitar tahun 1994 ( kalau tak silap saya )dan dari itu generasi kami terus mengukuhkannya dan telah membuka banyak gelanggang di sekitar Sijangkang dan beberapa kawasan berhampiran dan penggabungan persatuan kami dengan PESAKA DAERAH KUALA LANGAT telah banyak melonjakkan ahli -ahli kami keperingkat yang lebih tinggi....antara yang telah berjaya walaupun bukan di peringkat dunia adalah saudara Effendi Hussein (skarang dreber ambulan kat spital banting),sdra Roza Hamide (sukma),Pn Zuraida dan Pn Norhasni,sdra sabaruddin dan Sdra Nie Faizal Efendi dan ramai lagi......kini aktiviti persatuan ini telah terhenti kerana ahlinya masing2 telah berkahwin dan berpindah....dan guru utama sudah semakin uzur ( hampir 100 thn umurnya ).....insyaallah jika ada rezeki dan peluang kami akan berusaha untuk menghidupkan semula persatuan kami....doakanlah.Dah letih tangan menaip ...izinkan hamba berundur seketika...jumpa lagi di episod akan datang....wassalam.
Terima kasih kang sudir..harap dapat "ngomong-ngomong" lagi dalam ruangan ni..Fendi pun dah lama saya tak jumpa. Teringat masa Kejuaran Pencak Silat Kebangsaan tahun 1998 di Penang...Fendi dapat gangsa...sungguh tak disangka...kejayaan dalam kenangan..adakah ianya akan berulang pada watak yang lain?
salam...
bilakah pertandingan silat sukses kuala langat 2009 akan diadakan?
Assalamualaikum...
Tidak dapat terucap oleh kata-kata hanya kerinduan kepada Diponegoro yang membara di jiwa. Terima kasih kepada moderator kerana dengan blognya ini dapatlah saya dengar tentang silat diponegoro ini lagi. "Kang sudir wes suwi orak ketemu".Mungkinkah kita akan berjumpa lagi atau tidak hanya tuhan yang tahu. Kerinduan pada guru "Wak Masri" dan angkatan sealiran seringkali bermain di perasaan, tetapi disebabkan masih berada di perantauan,terpakasalah
dipendamkan sahaja perasaan. Semoga teman-teman seperjuangan dilindungi Allah taala hendaknya dan mudahan-mudahan silat-silat dimalaysia khususnya dikuala langat terus berkembang dengan jayanya sebagai kebanggaan kita semua orang melayu..
Yazid.....
Catat Ulasan