Halaman

Rabu, 10 Disember 2008

TIBA-TIBA TERINGAT.....

Salam buat semua...
Tetiba teringat cerita lama tentang silat..itupun bila terjumpa gambar-gambar lama..kalau tentang silat ni saya memang susah nak lupa walaupun dah lebih 15 tahun berlalu (ada gak yang lupa sikit-sikit)

Gambar 1: Pertandingan Silat Pecahan Gerak Suci di Taman Melati. Masa tu saya baru darjah 6.Antara gabungan yang hadir yang saya masih ingat ialah PSS Betung Cemati Siguntang (silat saya) PSS Harimau Jatian Lima (Abg Jebat), PSS Singa Kandangan (Abang Wan Haris), PSS Mandau Senyawa. Ada lagi tapi lupa plak.. Kalau nak tau yang kecik pakai topi hitam tu Iskandar, adik Shima penyanyi lagu Teringin tu...



Gambar 2:Kejuaraan Pencak Silat Sedunia di Stadium Negara. Lupa tahun berapa. Gambar saya bersama salah seorang pesilat Indonesia, pemenang kategori Masal. Dia punya masal memang hebat.


Gambar 3: Menyambut YB Tan Sri Muhyiddin Yasin, ketika tu sebagai Menteri Belia Dan Sukan.Dia datang ke Kuala Langat. So kami bersama Persatuan Karate dan Tae Kwon Do Kuala Langat melakukan demontrasi. Turut bersama ialah En A.Raman Musbah, Pegawai Belia & Sukan K.lgt.



Gambar 4: Ini adalah Jurulatih PSSBCS Sdr Azli dan Sdr Azlan. Masa ni menyertai Pertandingan Silat Seni Kuala Langat di SK Olak Lempit. Tuan rumah PS Buah Tujuh Silat Laksamana. Ini pakaian rasmi kalau menyertai pertandingan seni.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

good jobs, bro!! Semangat dan usaha mu ku iringi dengan doa dan harapan....(napie, rimau jati)