Halaman

Selasa, 9 Disember 2008

KISAH MENGAJAR DATUK SITI NURHALIZA BERSILAT


Assalamualaikum...Selamat Hari Raya AidilAdha...Teringat saya kepada suatu kenangan dahulu. Nak tau kenangan apa??? Bole...bole...tentu semua kenal dengan penyanyi tersohor tanahair kan??ala...sapa lagi kalau bukan Siti Nurhaliza...sekarang dah Datuk/Datuk Seri...Tahniah Datuk..semoga bahagia disisi Datuk K.....Masa tu Siti akan mengadakan show Hiburan Minggu Ini di RTM1....bertemakan Irama Tradisional...nak dijadikan cerita anak murid lama saya terlibat aktif dengan MAYC Kuala Langat telah mendapat offer untuk bersama-sama menjayakannya. Jadi saya telah dihubungi oleh anak murid lama saya tu dengan tujuan menjadi jurutunjuk serta merekacipta gerakan persembahan tersebut.Maka selama seminggu saya bersama 8 lagi ahli silat Siguntang berulang-alik ke RTM bagi tujuan latihan dan "rehearsel"(betul ke ni?hantam...)bersama Siti...maka Siti pun jadilah "anak murid tak rasmi" saya.....maka program tersebut disiarkan secara langsung di RTM1...bukan niat untuk menunjuk tapi rasa bangga kerana silat dijadikan pembuka tirai....sapa kata silat ni cuma boleh dok perusuk kampung je..silat hak bangsa melayu...tak lekang dek panas...tak lapok dek hujan...Oklah...cukup buat masa ni...sampai jumpa di nukilan saya akan datang....Wassalam

Tiada ulasan: