Halaman

Jumaat, 29 Januari 2010

CADANGAN MEMBINA GELANGGANG SILAT TERBESAR

Oleh rizanizam abdul hamid

Mohd. Ali Rustam (dua dari kanan) disambut dengan pertunjukan silat ketika hadir pada Majlis Perasmian Sidang Agung Tahunan Pesaka Ke-11 di Hotel Lisbon, Kampung Portugis, Melaka.


MELAKA - Kerajaan negeri bercadang membina sebuah gelanggang silat yang boleh digunakan kira-kira empat juta ahli persilatan dari seluruh negara sekali gus menjadikannya gelanggang silat terbesar di dunia.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sudah tiba masanya golongan belia mendapat tempat yang bertaraf dunia untuk mempelajari dan mendalami ilmu persilatan Melayu.
Menurut beliau, golongan belia hari ini perlu dilengkapi dengan aktiviti yang boleh membentuk jati diri, berdisiplin, bersemangat tinggi, berani dan sanggup berkorban demi bangsa dan negara yang dapat dipelajari dalam ilmu persilatan."Dengan penyertaan empat juta ahli di seluruh negara atau berpuluh juta ahli seluruh dunia dalam persatuan silat, tiba masanya kita mempunyai gelanggang silat terbesar di dunia.
"Saya akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) tentang cadangan ini sebelum ia boleh dilaksanakan dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi," katanya.Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Agung Tahunan Pesaka Ke-11 di Hotel Lisbon, Kampung Portugis.Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri merangkap Presiden Pesaka negeri, Datuk Yaakub Md. Amin; Naib Presiden 1 Pesaka, Datuk Md. Sohaimi Mohd. Shah.Turut hadir Pengerusi Dewan Perguruan Pesaka, Datuk Omar Din Mauju; Pengerusi Pesaka Kedah, Datuk Lat Sharizal serta para perwakilan dari seluruh negara.
Mengulas lokasi cadangan tapak gelanggang silat itu Mohd. Ali berkata, buat masa ini beliau mencadangkan ia dibina di Ulu Duyong, Bemban.Menurut beliau, ini kerana kampung tersebut berkait rapat dengan ilmu persilatan Melayu apabila pernah dihuni pahlawan Melaka, Laksamana Hang Tuah 600 tahun dahulu."Jika ia menjadi kenyataan, negeri ini akan mempunyai sebuah lagi pusat aktiviti golongan remaja yang bertaraf dunia."Ilmu persilatan bukan sahaja mengajar seni mempertahankan diri tetapi juga membina sebuah masyarakat yang mempunyai ketahanan dalaman, pembentukan sahsiah yang tinggi dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kesetiaan dan kecintaan yang tinggi kepada negara," katanya.
Tambahnya, pembinaan gelanggang silat tersebut akan menambah kemudahan sedia ada yang bertaraf dunia di negeri ini seperti ibu pejabat Perhimpunan Belia Sedunia (WAY).Selain itu katanya, Melaka turut mempunyai Muzium Belia yang pertama di dunia dan terbaru sedang membina kem pengakap terbesar di dunia yang boleh memuatkan 20,000 ahli dalam satu-satu masa di Merlimau yang bernilai RM10 juta.~Utusan Malaysia
**PSSBCS-Harap2 cadangan ini akan menjadi kenyataan. Dengarnya dulu Dato' Seri Mohamad Hasan nak buat di Negeri Sembilan tapi tak jadi kenyataan. Warga silat di Malaysia perlu sebuah mercu silat ala Padepokan di Jakarta.

1 ulasan:

suib berkata...

salam,

saya ingin bertanya, adakah semua org boleh pelajari silat betung cemati siguntang ini?

kalau boleh email kat saya

savvyqs@yahoo.com

wassalam

Shahrul Anuar
Tmn Banting Baru
Banting, Selangor