Halaman

Isnin, 25 Januari 2010

WASIT SAMSENG??

Isu lama ni..Terlintas untuk menulis tentangnya. Mungkin ada ikhtibar disebalik insiden ini.

Sebenarnya kekecohan ni berlaku pada tahun lepas (2009). Mungkin dah menjadi isu basi. Saya antara orang terawal memberi komen dalam isu ini di youtube tersebut. (boleh search dalam youtube dan taip wasit samseng)

Tanpa menyebelahi sesiapa saya nyatakan bahawa pengetahuan undang-undang dalam Silat Olahraga itu cukup penting. Bagi pihak pesilat yang bertanding, kalah menang adat bertanding. Pesilat yang mempamerkan aksi "bertempur" didalam gelanggang pasti akan menang. Namun ramai pesilat salah faham dan tidak faham dengan konsep penjurian. Bagi mereka setiap serangan mereka yang kena pada lawan juri perlu catatkan. Disini tugas jurulatih menerangkan dari awal konsep penwasitan dan penjurian.

Apabila seseorang pesilat itu "diterjunkan" ke alam silat olahraga, silat seni atau pertandingan silat, jurulatih "biasanya/selalunya/kebiasaannya" akan terus menekankan teknik dan latihan, sparing, shadow, latihan litar, fittness dan macam-macam lagi. Namun....bagaimana jurulatih adakalanya boleh terlupa atau terlepas pandang?? menerangkan "konteks mencari point yang akan dikira oleh juri". Ingat!! Point dikira oleh JURI...bukan WASIT (kecuali point berdasarkan jatuhan dan hukuman.Itupun dalam hal jatuhan ada kalanya akan melibatkan pengedahan dari juri juga). Mengikut pengalaman saya (yang cetek) sebagai wasit dan juri, wujud pesilat yang "masuk gelanggang" tanpa "ilmu mencari point" (alamak..istilah baru ke ni??hehe..) Yang mereka tahu adalah memandang kepada pelepas (yang menunjukkan isyarat suruh menumbuk,menendang,membuat jatuhan,main laju,pusing gelanggang dll). Serangan nampak banyak, tetapi kalah??Jatuhan banyak dibuat tapi tak kira??kenapa ye??

Macamana nak dikira jika setiap serangan tanpa pola langkah silat (main serang je..silap gaya kena hukum..belum dapat point dah kena hukum..hutang dengan juri..hehe..rugi). Sah ke serangan dan jatuhan tanpa sikap pasang..ada pesilat (SUKMA) yang melopong mulut apabila diajukan soalan tadi. Bukan hanya tidak faham tapi tak pernah dengar tentang pola langkah silat dan sikap pasang. Salah siapa??pesilat??jurulatih??wasit atau juri??

Bagaimana dengan insiden (video) diatas. Hakikatnya insiden tersebut tidak wajar berlaku. Masing-masing mengekkan benang basah. Manusia punyai emosi. Namun dalam gelanggang emosi buang jauh-jauh. Tapi perkara dah terjadi. Undang-undang dan prosuder pertandingan perlu diikut. Bantahan rasmi perlu dibuat sejurus keputusan diumumkan oleh "PENGURUS PASUKAN". Tidak dinafikan penonton (penyokong) memainkan peranan tercetusnya insiden ini.

Ramai yang saya kenal disitu. Abang Mat Cha sebagai wasit pasti punya alasan mengapa beliau gagal mengawal kemarahan. Pesilat terlibat merupakan anak murid terbaik Cikgu Elmi (Kalimah Panglima Tangkas-saya pernah berborak panjang dengan Cikgu Elmi tentang apa yang sebenarnya yang terjadi) yang dikatakan tidak pernah kalah bertanding. Kali ini kalah. Ramai menyalahkan wasit..tetapi mengapa mereka tidak sedar bahawa yang memberi markah adalah juri. Ada yang tidak puas hati jika kekalahan 5-0 sedangkan pesilat sama-sama hebat. Lupakah mereka (atau tak tahu sebenarnya) jika pesilat disuatu sudut mempunya hanya lebih 1 point pada setiap (5) juri maka kemenangan angka 5-0 akan diperolehi. Mari kita sama-sama renungkan

Tahniah juga kepada sahabat-sahabat dari PESAKA Klang seperti abang Rafi, abang Zul (Botak), abang Wan Aris, abang Azmi dan lain-lain yang berjaya meredakan @ meleraikan @ menyelesaikan masalah tersebut. Segala yang berlaku merupakan satu pengalaman buat semua.

Emm....ada sesiapa yang nak komen tentang isu ini.Silakan....

1 ulasan:

Tengkolok Hitam berkata...

inilah sebenarnya cabaran silat masa kini....teruskan silat untuk bangsa dan negara...menang pertandingan tak semestinya handal bersilat...yang kalah tak semestinya tidak hebat bersilat...kehebatan silat tidak sahaja dinilai dalam gelangang ...renung2kanlah...cekap mengawal diri dan tinggi sifat sabarnya juga penting kepada seorang pendekar melayu...